Kuih Bom (Again)

 I made this for day 4 Iftar after returning from work and cooking dishes for the day. It is simple to make that I can get them ready before Iftar which was at 6.43pm. I posted this previously here and received very good response from many blogger friends who tried them. This version of mine guarantee that it does not explode while being fried, so safety is guaranteed. Adding sweet potato to it will make the dough texture not too springy (but still springy) and the outer part crispy - just perfect the way I like it. Moreover, the shape of the kuih stays firmly round & not flatten after being fried.
 This time I used read bean & lotus filling. For kuih recipe, refer here which is in English and see below for BM translation.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kuih ni boleh di sediakan dalam masa yg singkat. Walau pun Along pulang lewat dari kerja, sempat lagi nak sediakan kuih ni selepas masak lauk-pauk untuk berbuka & semua nya siap sebelum waktu berbuka 6.43pm. Along dah kogsikan resipi nya sebelum ni kat sini tapi dalam Bahasa Inggeris, jadi kat sini di kongsikan resipi dalam BM pula. Resipi dah ramai member blogger yg mencuba & berpuas hati sebab ianya tak meletup apabila di goreng (lebih selamat...!). Rasanya pula memang sedap sebab tak liat walaupun masih springy gitu (tak tau nak translate "springy"...hehe) dan rangup di luar....! Lagi satu keistimewaan resepi ni, kuih tetap solid molid, bulat jer tak penyet selepas di goreng.

Testimonial dari member2 boleh tengok kat sini: Hana, Ika, Yani (tak dpt nak link pulak), AmFlora, HaSue, Mamahawa, Chikmi, KakRose, Mokwo dan yang terbaru RabiatunInahar, ZanaSweetRose, Lemongrass, Ika (buat lagi), dan ramai lagi yang tak dapat nak trace.

Satu perkara yang Along nak sentuh, ni terutama buat blogger2 yg baru menceburkan diri (yg lama pun kena beringat tau), sila perhatikan Rule no.3 kat sebelah kanan pane ya. Anda di benarkan copy paste resipi yg di kongsikan dgn syarat mesti memberi penghargaan/rujukan pada tuan punya resepi atau sumber yg anda copy & paste. Tanpa rujukan pada sumber asal, itu di namakan CIPLAK. Along tak kisah nak kongsi resepi & ilmu yg ada, tapi kelakuan menciplak adalah tidak beretika dan tidak menghargai usaha dan niat baik orang lain. Dengan sedikit penghargaan anda akan mendapat lebih manfaat sebab anda akan di hormati dan menggalakkan kekawan mengongsikan resepi dgn lebih banyak lagi. Harap maklum dan maaf ya, bukan statement ni bertujuan utk mengecilkan hati sesiapa tetapi niat baik Along untuk mendidik masyarakat kita di Malaysia ini.

UPDATE: Bincang2 kat fb tadi bab ni, ada member yg komen pasal member2 yg walaupun buat rujukan kat mana resepi di ambil tapi link tuan punya asal di lenyapkan. Dengan itu apabila link di sebarkan pun, tuan asal nya dah di lupakan. Satu peringatan yang baik buat SEMUA BLOGGER termasuk lah Along sendiri. Kekadang tu kita copy link sumber yg kita ambil resepi tapi nak trace balik tuan punya tu kena usaha lebih. Oleh itu, di sarankan semua blogger buat rujukan sumber & juga tuan asal untuk memudahkan kpd semua. Amacam setuju semua....?

Bilangan: 12 biji
BAHAN2:
80g Keledek
- kukus & lecek
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan
- utk salut 
Inti Kelapa / Kacang Merah/Hijau

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
Bahagikan kpd 12 ketul.
Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
Ulang sehingga habis.

2. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.
Enjoy!
 

0 komentar:

Post a Comment

Blog Archive