By: Roz@HomeKreation
Makes: 8" round
BOTTOM LAYER:
250g Glutinous Rice - wash, soak 1hr & drained
100ml Packet Coconut Milk
150ml Water
½ st Salt
TOP LAYER:
100ml Packet Coconut Milk
100ml Water
100g Sugar
2 Eggs
40g Flour
10g Custard Flour
265g Creamed Corn
METHOD:
1. Line tin with aluminium foil.
Place bottom layer ingredients in the tin & steam 20 minutes until glutinous rice is done.
Press the layer with glass to even it.
2. Mix all top layer ingredients, except creamed corn, sift into a pot.
Add in creamed corn and cook until just heated up.
Pour on top of the glutinous rice layer.
Steam 30-40 minutes until cooked.
3. Cool kuih before slicing.
Ini satu lagi serimuka yang di pelbagaikan topping nya.... Banyak lebihan krim jagung selepas buat Apam Balik Pandan kelmarin.... tetiba dapat pula idea nak buat serimuka berlapiskan jagung. Selepas makan malam, Along pun bersilat kat dapo sediakan kuih ni untuk sarapan esuk hari. Pepagi memang kelam-kabut nak hidangkan kuih, siapkan Liana ke sekolah dan bersiap untuk ke pejabat... tunggang-langgang & gambo pun tak berapa nak cun, ikut dan jer snap.... Tak dan pun nak merasa pagi tadi tapi hubby kata sangat sedap... Petang tadi baru Along kesempatan nak merasa.... wow, memang sedap sangat. Habis juga sepelengat....hehee.
Resepi nya Along main hentam2 jer tapi ada Along sukat untuk rujukan kekawan semua. Cuba lah ya...
By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" bulat
LAPISAN BAWAH:
250g Beras Pulut - basuh, rendam sejam & tapis
100ml Santan Kotak
150ml Air
½ st Garam
LAPISAN ATAS:
100ml Santan Kotak
100ml Air
100g Gula
2 bj Telur
40g Tepung Gandum
10g Tepung Kastad
265g Krim Jagung
CARA2:
1. Lapik tin dgn kertas aluminium.
Kukus bahan2 lapisan bawah selama 20' sehingga masak.
Padatkan / tekankan dengan gelas.
2. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas, kecuali krim jagung & tapis ke dalam periuk.
Campurkan krim jagung dan masak sehingga naik wap.
Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.
3. Sejukkan kuih sebelum di potong.
0 komentar:
Post a Comment