Kek Kelasi Mabuk (Sarawak Steamed Cake)

 I'm so happy and very satisfied with the outcome.... I've been looking for this recipe for quite some time until HaSue shared in her blog recently. This is one of Sarawak unique cakes - the green layers are enriched with horlicks and pandan flavour matched with white lime meringue layer - so good!
By: Roz@HomeKreation
Source: Hasue
English translation will be provided later upon request. Right now I'm lazy to type a lot.
BAHASA MALAYSIA VERSION
Tak sabar2 rasa nya nak buat kek ni bila nampak kat dapur HaSue.... Akhir nya tertunai juga hasrat hati... (hehe pinjam ayat KakInaKL). Puas hati sebab memang sedap resepi ni. Sesiapa yg tak pernah makan ni harus cuba sebab keunikan kek Sarawak memang mengasyikkan  - kek yg kaya berperisa dan lembab - lapisan tengah nya meringue berperisa limau kasturi.... amat sedap. TQ HaSue & tuan empunya resepi yg sudi panjang2kan resepi nya. Lagi pun ni kira hadiah Along meneka nama kek ni dgn tepat kan....hehe.

Source: Hasue (Orig owner: Pn. Lynda Hj Taiban)
Resepi di taip semula utk mudah rujuk sendiri.
Saiz: 9" persegi (Along buat separuh adunan di bawah, guna tin 5"x9")
LAPISAN HIJAU:
450g Mentega
200g Horlicks
14 biji Kuning
Telur
6 biji Putih Telur
150g Gula
150g Tepung Gandum
2 st Esen Vanilla
(Along xletak)
1 botol Pandan Paste
(Along cuma letak 2 sb)

CARA2:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Bahagikan kepada dua bahagian.

LAPISAN PUTIH:
8 biji Putih Telur
10 sb Gula Halus
4 st Tepung Gandum
6 biji Limau Kasturi 


CARA2:
1. Pukul putih telur hingga kembang.
Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental (mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

CARA MENGUKUS:

1. Kukus 1 bahagian hijau selama ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.

Nota:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik


0 komentar:

Post a Comment

Blog Archive