By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Longtail Shad (Terubuk)
2 cloves Garlic*
1 slice Ginger* (* pounded)
1 Tomato**
1/2 Big Onion** (** chopped)
1 tsp Chili Oil (see here)
1/4 cup Thai Chili Sauce
3-4 Basil Leaves
Salt
METHOD:
1. Leave the fish scales on & rub with salt.
Heat up 2 tbsp oil on a flat griddle & place the fish.
Flip only one time after one side is cooked & cook both sides.
2. While waiting for the fish to cook, prepare the sauce.
Heat up 2 tbsp oil & stir fry pounded ingredients until fragrant.
Add in chopped tomato & onion & stir for abt a min.
Add in chili oil, chili sauce, basil leaves, salt.
Add in water to avoid it from burning.
3. Pour sauce onto the griddle once the fish is cook but before turning off the fire.
Be careful as the sauce will sizzle with hot steam.
4. Switch off the fire & serve immediately.
**********************************
Nak masak sesuatu yg sempoi jer tapi nak sedap..... badan dah letih sangat sbb kelmarin abis kerja kat opis pukul 1pagi.... sampai kat car park, kereta lak tak boleh start... aduhai... waktu tu lah bateri nak flat pun! Tapi tak boleh nak merungut sebab first time bateri meragam selepas hampir 4 tahun umur kereta tu. Terpaksa lah Along call hubby pepagi buta suruh amik kat opis. Risau gak tinggalkan kereta Along tu bermalam kat open car park tapi alhamdulilah, serahkan pada Allah Taala & harini kereta dah ok. Bila sampai kat rumah, Liana pulak terbangun & perut Along pun berkeroncong (sbb tak lalu dah nak makan malam yg tersangat lewat tu...) - jadi nya payah lah nak pejam. Akhir nya dapat lah tido dlm 3 jam jer. Awal pagi bangun gi kerja macam selalu.... begini lah kehidupan wanita berkerja... kalau boleh duduk kat rumah jer kan best.... lagi best kalau ada lak orang nyumbat poket kita bulan2 kan.... heeeee angan2 jer. You all yg dok kat rumah jer tu patut bersyukur..... Along kena bekerja & bila pulang rumah, kerja rumah tetap kena langsaikan juga terutama bab2 masak & anak2..... Walau bagaimana pun, sukur alhamdulillah apa yg di kurniakan - sebuah keluarga yg bahagia... berbaloi pengorbanan.
So, balik kerja hari ni, tonggeng tido jap sebelum masak so kesian bebudak lewat dinner. So masak pun menu ala2 express lah kan. Tapi sedap menu sempoi macam ni dan untuk sesiapa yg selalu nak cepat cam Along ni....hehe. Along ada gak masak kari sutun, nanti esuk2 lah tayang k.
Terubuk Panggang dlm Sos Cili Siam
BAHAN2:
1 ekor Terubuk
2 ulas Bwg Putih*
1 hiris Halia* (* tumbuk)
1 bj Tomato**
1/2 bj Bwg Besar** (** cincang)
1 st Chili Oil (tengoke sini)
1/4 cwn Sos Cili Thai
3-4 helai Daun Selasih
Garam
CARA2:
1. Biarkan sisk ikan & lumur dgn garam.
Panaskan 2 sb minyak dlm kuali leper & letakkan ikan tadi.
Masak sehingga masak pd sebelah bahagian sebelum dibalikkan.
2. Sementara menunggu ikan masak, sediakan sos.
Panaskan 2 sb minyak & tumis bhn tumbuk sehingga wangi.
Masukkan tomato & bwg besar & masak lebih kurang 1min.
Masukkan cili oil, sos cili, daun selasih & garam.
Masukkan sedikit air supaya tak hangus.
3. Apabila ikan masak, tuangkan sos ke atas nya dgn api yg belum di padamkan.
Padam apai sebaik sahaja sos habis di tuangkan ke atas ikan & meruap panas.
Hati2 kerana sos akan meruap.
4. Hidangkan segera.
0 komentar:
Post a Comment