Menu Hari Raya Idh Adha 2012 (Idh Menu)

 Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua saudara-mara, sahabat-handai dan para pembaca sekalian. Seperti biasa, menu Hari Raya Haji hanya untuk makan sekeluarga anak-beranak dan seorang dua jemputan sahaja. Along masak semua nya sorang2 takda pembantu jadi tak dapat nak jemput ramai2.... tapi Along hidangkan di sini buat hidangan kepada semua sahabat2 cyber, silalah menjamu mata ya.... hehe.

Menu tahun ni:
1. Laksa Sarawak (permintaan UsuRaz & AngahRuz - laku licin, kekawan mereka cakap sedap sangat...LOL)
2. Nasi Himpit & Kuah Kacang (Menu wajib sebab kesukaan hubby)
3. Ketupat Daun Kelapa & Rendang Hitam Emak (Raya Haji mmg wajib buat ketupat, tak tau kenapa...)
4. Ayam Goreng Pandan (fevret anak2 juga ni)
5. Kek Keju (semua boleh agak kek keju apa ni kan... cer teka....)
6. Jelly Mata Kucing (satu lagi rekaan jelly dari Along.... )



0 komentar:

Post a Comment

Blog Archive