AlongRoz & Friends in Sep12 Aroma

I'm still in Hari Raya mood and just return to work today... There were many missing baking and cooking during Ramadhan & Shawal that I would like to share but didn't have opportunity to do so. Hopefully will be able to catch up back soon despite returning to busy routines again at home and office....

Sharing herewith my appearance in September'12 Aroma issue with 13 recipes of my own creation in it. One of the recipes was specially created for Aroma and not yet shared in this blog but will do so at later opportunity. For the readers who have been requesting for my hard copy recipes, here is your opportunity to get one (the publication is in Malay language).
##########################################################

Salam sejahtera buat semua pembaca dan kenalan. Seronok nya berhari raya sehingga tiada kesempatan untuk Along ke udara.... Setelah dua minggu berhari raya di Taiping bersama sanak-saudara Along kembali bertugas seperti biasa pada hari ini. Masih keletihan dan teringat2 suasana kemeriahan di hari raya..... seronok nya tiada terhingga....hahaha. Bila Along ada kelapangan, Along akan tayangkan kek2 & biskut raya tahun ni ok... Nanti Along blogwalk kendian, tq kekawan & sud singgah & tinggalkan jejak.

Sebelum ini, ada pembaca yg mencadangkan Along mencetak resepi2 Along supaya mudah rujuk oleh mereka tetapi Along belum ada kesempatan utk berbuat demikian. Di sini Along ada berita baik untuk mereka kerana boleh lah dapatkan naskah majalah Aroma keluaran September'12 yg mana Along kongsikan 13 resepi istimewa. Salah satu drpd resipi2 tu belum Along kongsikan di blog ini sbb Along buat khas untuk Aroma. Ucapan terima-kasih pada majalah Aroma yg sudi menjemput & menyunting resepi2 daripada HomeKreation.

Kesemua resipi2 yang Along kongsikan di situ adalah sumber/ hasil kreativiti Along sendiri tanpa ada isu ciplak atau republication tanpa izin. Sebelum ni ada juga terjadi pada Along sendiri yg mana resepi yg di kongsikan di cetak semula di media tanpa izin sama sekali sebelum atau pun selepas cetakan. Along hanya dapat tahu apabila terjumpa di kedai buku tapi Along tak mahu perbesarkan hal tu, jadi Along diam sahaja lah. Di harap kekawan ambil prihati hal2 sebegini supaya tidak menyentuh perasaan kekawan yang telah ikhlas-hati berkongsi ilmu tetapi di ambil kesempatan begitu sahaja. Hakcipta adalah peraturan biasa di global ini dan bukan perkara baru - sila rujuk "Rules" yg Along letak di sebleah kanan tu kalau kurang faham ya. Harap tiada yg kecil hati dengan teguran ikhlas dari Along... luv u all.

 Formal nya ada panggilan "Puan" lak....hehe, panggil Along jer lebih mesra gitu.... TQ Emak, hubby and my family for the support they have given me in my blogging activities. Tak lupa juga kesemua pembaca dan rakan2 blogger yang amat Along sayangi.... tq atas sokongan dan persahabatan.

p/s Pembetulan: Along anak ke6 drpd 11 org beradik bukan anak sulong seperti tertera dalam profile di atas. Along anak perempuan yg sulong selepas 5 anak lelaki. Buat pengetahuan pembaca, nama timangan "Along" adalah dari sebelah suami (anak sulong 8 beradik). Along ada mengajar memasak kepada orang2 kampung nya bila ada kesempatan sewaktu khenduri-khendara dan "Along" adalah panggilan mesra oleh adik2 ipar dan juga orang2 kampung nya.


 Kek Lapis Kacang Merah ni Along belum kongsi kat sini lagi.... nanti senang2 Along update kendian k...

Ini antara resepi2 Along yg popular kat alam blogging so far.....

Rakan2 yg mengiringi.... Ryo, Juwita dan juga Izzah turut sama memeriahkan Aroma pada bulan ini.... Nak tau resepi apa yg mereka kongsikan, cepat dapatkan naskah Aroma..... koleksi berharga daripada blogger/kekawan kesayangan semua kan.


0 komentar:

Post a Comment

Blog Archive