Today is a public holiday (Good Friday) in Sarawak (but not in Peninsular).... good news is we have one extra rest day... the bad news is tummy tend to get hungry when doing nothing! Here it comes.... our evening tea!
Can I postpone the English translation please.... too tired typing & staying behind the pc too long! Will do so if anyone shout for it....
Bila nampak jer kuih cucuq ni kat rumat Mat, terus jer masuk list... dah boleh bayangkan kerangupan nya! Hari ni cuti umum kat Sarawak (Good Friday), so peluang yg di nanti2 pun tiba. Sebenar nya nak buat esuk untuk jamu mak bapak mertua nak datang tapi hubby dah tak sabor2.... lagi pun cuti2 ni, memang lapor petang2... layan je lah... hehe.
Fulamak.... rangup nyaa.... krup-krap-kruuuup! Buat sendiri tak sama cam kat gerai... boleh tapis minyak sehingga betul2 kering, jadi makan pun tak mual... Along terajin sikit buat kuah kacang dan hiris timun & sengkuang sekali.... syok tengok hubby hentam makan dua mangkuk!! UsuRaz pun sama gak, bila balik dari study group, semangkuk licin kena tibai.... hehee... nanti nak buat lagi bila AngahRuz & AlongRiz balik cuti!! We all ni memang hantu cucuq....
By: AlongRoz@HomeKreation
Source: CikMatGebu (original by: D5Zamrud) - terima-kasih, best resepi ni!
Along modify sikit2 resepi nya spt di bawah & taip semula supaya ringkas
BAHAN2:
500g Udang - kopek kulit & kepala
1 biji Bawang Besar - hiris
1 genggam Taugeh
1 cekak Kucai - potong pendek
1 bj Putih Telur
1 sb Minyak Masak
1 st Cuka
1/2 kiub Ayam Knorr
4 senduk Tepung Gandum
1/2 st Serbuk Kunyit
Garam, Air - secukupnya
Minyak utk menggoreng
CARA2:
1. Masukkan kesemua bahan2, kecuali air, ke dalam satu bekas besar.
Gaul rata & masukkan air sedikit2 sehingga menjadi adunan yg di kehendakki (tidak terlalu pekat atau cair).
2. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk goreng terendam.
Ambil adunan sesudu besar & lenyekkan di tepi kuali supaya nipis (boleh tengok step-by-step kat blog D5).
Balikkan cucur apabila lekang dari kuali & goreng sehingga garing dan rangup.
Angkat & toskan minyak berlebihan.
3. Potong2 dan hidangkan dengan hirisan timun, sengkuang & kuah kacang.
KUAH KACANG SEGERA
Ni resepi emak Along.... senang sangat nak buat. Kalau nak sedap kena pandai adjust rasa asam, garam & gula. Biar pedas sedikit baru terangkat...hehe.
By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
3 genggam Kacang Tanah
3 ulas Bwg Merah
10 biji Cili Kering
Air Asam Jawa
Garam, Gula
CARA2:
1. Goreng kacang tanah dgn sedikit minyak sehingga rangup.
Angkat & ketepikan.
2. Goreng hirisan bwg merah & angkat.
3. Goreng cili kering & angkat.
4. Blend kesemua bahan2 dgn air secukup nya.
Siap!
0 komentar:
Post a Comment