Smoked Fish (Ikan Duri Salai) |
Alhamdulillah, selamat berbuka puasa untuk hari ini.... ini selera kampung jer tapi syok nyaaa.... ada pula Ulam Mangga Muda cicah Sambal Tempuyak.... walaaaa... tak yah lauk lain dah!
Along rekakan lauk hari ini mengikut selera sendiri.... Jeruk Dabai dan Ikan Salai Masak Sambal! Orang Semenanjung memang suka masak cili pedas camni.... bagi kekawan dari Sarawak boleh lah mencuba juga ya, sangat meyelerakan.
By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
Seketul Ikan Salai - di siat2kan
15 ketul Dabai Jeruk atau Dabai Fresh yg sudah di lembutkan
1 ulas Bwg Putih - tumbuk
1 bj Bwg Besar - hiris nipis
10 sb Cili Mesin
1 sb Air Asam Jawa
Garam, Gula
CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bwg putih & bwg besar sehingga layu.
Masukkan cili mesin & kacau sehingga wangi.
Masukkan air asam, garam & gula; kacau sehingga mendidih.
Masukkan ikan salai & buah dabai.
Kacau sehingga rata.
2. Hidangkan dgn nasi putih panas.
0 komentar:
Post a Comment